
KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini. Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini. Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah. “Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Tak sangka manusia zaman sekarang semakin lama semakin x berperikemanusiaan lsg! Berita ni dah lama tersiar tp aku sj nk upload dlm blog aku sebagai 1 pengajaran buat aku n org lain.Naper kejam sgt anak2 sampai sanggup buat mcm tu kat mak ayah dorg? Pada pendapat aku, mak ayah dorg mesti org susah, tu psl dorg wat camtu ..kononnya menyusahkan dorg laa..kena tanggung makan minum..ade x dorg terpikir masa kecik2 dulu, saper yg tanggung makan minum dorg? Yang menantu tu pun satu hal..xde otak ke nk pikir, kalau perkara yg sama jadik kat mak ayah dia, apa dia rasa? ntah2 dia pun buang mak ayah dia kot! x guna punya manusia! mintak2 esok, biar anak2 dia pulak buang dia! ingat org tua nih xde perasaan ke??!! org tua2 laa yg kena jaga hati & perasaan sbb hati dorg nih mudah tersentuh.Apa salahnya kalau kita jaga perasaan dorg, bahagiakan dorg, curah kasih sayang sementara dorg masih hidup? Kesian pakcik dlm berita tu..Sudahla baru habis jalani pembedahan jantung..jiwa pulak terseksa dek perbuatan anak. baru2 ni jadik kes anak tinggal ayah kat pusat dialisis.Bukan sekali sebetulnya kes yg jadi mcm nih kt pusat dialisis tu..beberapa hari b4 that pun ada jugak yg jadik..anak tinggal ayah kat pusat dialisis.Kat Hospital yg aku posting tu pun ader jer org2 tua yg kena masuk wad, bila dah dibenarkan pulang, xde pulak yg dtg jemput.Tak terpikir ke anak2 x guna tu..masa dorg sakit, saper ygg sanggup x tido mlm, jagakan dorg? duduk di sisi dorg, tolong tuamkan dahi bila demam panas? Teringat pulak masa aku posting kat departmen Paediatrik(kanak2)..dlm ward, nmpk jelas kebimbangan pada wajah2 mak ayah..mak pulak sanggup berjaga siang-malam, x tenang selagi anak belum cukup sembuh..boleh dikatakan mak x sanggup nak tinggalkan anak walau sesaat utk keluar makan ke..ke tandas ke..bila anak dah nyenyak tido, baru mak tu ke tandas ke..mandi ke..namun nk keluar dari wad utk beli makanan kt kantin jauh sekali..
So, aku terpikir, anak2 yg masih kecik tu, apakah dorg akn kenang segala penat lelah mak ayah dorg nk jaga dorg, besarkan dorg? Mesti lah kaann dorg xkan ingat apa yg berlaku kat dorg masa kecik2...tp cukuplah sekadar tahu bahawa tanpa penat-lelah mak ayah membesarkan anak2..xmungkin anak2 dapat membesar dgn sihat sampai dewasa.. Mak ayah xkan ungkit apa yg dorg dah buat pada anak2 dorg sbb dorg tahu, itu tanggungjawab dorg..kalau nak ungkit pun..rasanya x t'ungkit sbb terlalu byk yg dorg dah bkorban..Jadi, susah sgt ke bagi anak2 utk balas jasa mak ayah? x banyak ..cukuplah sekadar beri perhatian, jaga makan minum dorg..dorg xmintak belikan baju ke..kasut ke..bila dh cecaah usia tua..apa yg dorg nak cuma perhatian & kasih sayang dari anak2...luangkan masa dgn dorg...berbual kosong pun jadi lahh...ceritakan masalah ke..atau apa2 lah..itu dah buat mak ayah rasa bahawa mereka masih lg diperlukan..itu dah cukup utk membahagiakan dorg..Memang betul kata pepatah melayu, Seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak tue belum pasti boleh jaga seorang ibu..
bawah ni saya ada petik satu entry dari blog teman saya,dari Makassar...
Ward Kenanga..
Rumah Sakit Jiwa Dadi,Makassar..
Sedang ana n my fren, M duduk di meja sambil menunggu jam 2 ( jam untuk pulang)..tiba-tiba kami berdua dihidangkan dengan sebuah “drama” live di depan kami..Pelakon “drama” ini terdiri dari 3 aktres..kami berdua hanya menjadi penonton “drama” tersebut..sebelumnya,skrip “drama” ini sebenarnya ditulis dalam bahasa Indonesia tetapi ana takut ramai yg tak berapa faham so ana alihbahasa kan ke bahasa malaysia..
- J ( patient yg didiagnosa dengan SKIZOFRENIA )
- S ( jururawat yang bertugas di Ward Kenanga )
- A ( anak kpd J )
J : Suster, ini anak saya..boleh tak bitau dekat dia yang saya dah boleh keluar dari sini..tadi dokter bitau saya dah boleh balik rumah..
S : Ooo..awak ni anak ibu J ke?
A : Ya suster..ni mak saya..ehm, betul ker mak saya ni dah boleh keluar?
( sambil melemparkan pandangan tak percaya )
S : Ya..mak awak ni dah boleh keluar..dia dah ok..
A : Betul ker mak saya ni dah ok?
( sambil memandang ke arah J )
S : Betul..mak awak dah ok..mak awak ni rajin sangat..kalau mintak tolong dia basuh pinggan ke, mop lantai ker..mesti dia tolong..dia pun dah tak mengamuk lagi..
A : Ehmm..boleh jamin ker kalau balik rumah dia tak jadi lagi macam dulu?
S : Sebenarnya..makan ubat tu yang penting..kat sini pun dia rajin makan ubat..sebab tue tak jadi lagi macam dulu..kalau kat rumah dia rajin makan ubat, mesti dia ok jugak kat rumah..J,awak dah ok kan?
J : Saya dah ok suster..
A : Ehmm,kalau terus duduk kat sini tak boleh ker?
Ana agak terkejut bila dengar A cakap macam tuh..biasanya mesti orang tak sabar nk bawak mak yang dah sembuh balik rumah..
S: Eh,tak boleh macam tu..kalau dah ok,eloklah bawak balik sb kat sini pun ramai lagi patient..tempat pulak tak cukup..
J : Ehm..kan mak dah cakap mak dah boleh balik..jomlah kita balik..
A : Mak,tak boleh lah..saya naik motor hari ni..susahlah..
S : Ape pulak susahnyer..bawak jer lah mak awak naik motor..
A : Tak boleh lah suster..
S : Kalau macam tue esoklah awak datang amik mak awak..naik lah pete2 ( kenderaan awam disini )
A : Susahlah nak naik pete2..kena tukar sampai dua kali..susahlah..
Ana dah mula rase lain macam..A nie mmg macam tak nak bawak mak dia balik je..
S : Ehm,kalau cam tue biarlah pihak hospital yang hantar mak awak balik..awak bitau je bile awak bersedia nak terima mak awak kat rumah..
A : Macam ni suster, saya ade anak kecil..baru 5 bulan..
S : Apa masalahnye kalau ada anak kecil..J,awak boleh jaga cucu awak kan?
J : Boleh suster..kalau anak saya pergi kerje,saya boleh tolong jaga cucu saya..
A : Tak boleh suster..saya takut mak ape2 kan anak saya..
J : A, mak dah ok..mak dah tak macam dulu lagi..bawaklah mak balik..jomla kita balik rumah..
A : Nantilah mak..mak tak boleh balik lagi..mak tinggal kat sini dulu ek..susahlah kalau mak ada kat rumah..
Ana lihat mata J sudah mulai berair..mukanya dah mulai merah..Suster S pula cuba menenangkan keadaan setelah melihat keadaan J..
S : Macam nie lah J, anak awak bawak motor hari ni..awak tak boleh ikut dia balik lagi..nanti esok dia datang ambil awak ya..
J terus memandang anaknya dengan harapan agar anaknya tetap membawa dia pulang..
A : Oklah mak..saya balik dulu,,nantilah bila2 saya ambil mak..mak duduklah kat sini dulu ek..
Itulah kata2 terakhir dari A sebelum berlalu meninggalkan ibunya di situ..J hanya berdiri kaku sambil terus menangis..
S : Ehm..itulah dokter..anak yang tak kenang budi..mak dia dah susah payah mengandungkan dia,melahirkan dia..tak termasuk lagi penat lelah besarkan dia..sampai hati dia buat macam tue kat mak dia..memang anak derhaka tu..
Ana turut sebak melihat ”drama” kehidupan yang berlangsung hampir 15 menit itu..dan tanpa sedar teman disebelah ana tetibe mengalirkan air mata dan memeluk ana..teman ana ni baru je kehilangan ibunya sekitar 3 bulan lalu..so,”drama” tadi tue sangat menyentuh hatinya..
Dan sampai ke hari ini..setelah hampir 3 minggu dari waktu yang berlakunya ”drama” diatas..bayangan si anak masih tidak muncul dan si ibu masih menanti kehadiran si anak dengan penuh harapan..Janji hanya tinggal janji..
……………………………………………………………………………………………
Ehmm..hati kecil ni bertanya..walaupun persoalan ni dah sering kita dengar, tapi hati kecil ni masih mau bertanya..
” Kenapa seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi seorang anak tue belum pasti boleh jaga seorang ibu??”
” Kenapa seorang anak tue tegar membiarkan air mata ibunya mengalir kerana dia??”
” Kenapa seorang anak tue sanggup membiarkan hati ibunya hancur hanya kerana perbuatannya??”
…………………………………………………………………………………………..
Satu lagi kisah yang ana nk ceritakn disini..kisah yang membuktikan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..
Masih di RSJ Dadi, Makassar..
Sekitar jam 8 malam waktu ana oncall..ada panggilan dari suster bitau ada patient baru masuk..so, ana n my fren pun pergi utk alloanamnesa ( interview) keluarga patient tue..ana pun masuk ke emergency room and duduk sambil bertanya ke keluarga patient tu..” Yang mana satu pasiennya kah”tanya ana..”Itu dok,disampingnya dokter”jawab suster..Oppss..patient duduk kat sebelah ana ke..takpe2..insyaAllah xde ape2..
So ana pun memulakan my anamnesa..Ana tanya dekat mak patient tu..”Ibu, kenapa dengan anak ta’”ana memulakan pertanyaan..”Mengamuk dokter..habis dibakar rumahnya tetangga..tanggannya juga dia bakar”jawab si ibu..Ehm,patient Skizofrenia nih..ana pun terus bertanya dengan si ibu…sedang ana berbual dengan ibu ni, anaknya yang sakit tue turut menyampuk..”bukan begitu dokter….begini sebenarnya dokter..saya tidak salah ”seakan-akan cuba untuk membetulkan kata2 dan persepsi ibunya terhadap semua tindakan dia..sewaktu ana mula bertanya tentang keluarganya, mata si ibu sudah mulai merah..dan apabila ana teruskan pertanyaan..si ibu mulai menangis..
”Dok,dia tuduh isterinya selingkuh (main kayu tiga)..isterinya sudah mintak cerai..jadi sejak dia sakit ini saya yang jaga..”kata si ibu..”Dia anak sulungku dok..ada 9 lagi adiknya..seharusnya dia yang bantu saya besarkan adik2nya..tapi…”sambung si ibu lagi..tangis si ibu mulai kedengaran..
Ana pegang tangan si ibu sambil bersuara..”Sabar ya ibu”..ana cuba utk menenangkan si ibu..dalam esak tangis itu sempat si ibu bersuara, ”Dok, kalau bisa jangan dirawat terlalu lama disini..saya tidak tegar biarkan anakku lama di sini..”kata si ibu itu..”Kalau dia sudah ada perubahan dan sudah agak baik, biar saya yang jaga dia dok..”tambah si ibu lagi..Ana hanya mengangguk..”Ya ibu,insyaAllah kalau dia sudah membaik, bisa saja dia dibawa pulang”kata ana..”Ibu berdoa ya..semoga Allah kurniakan yang terbaik buat anak ibu ini”tambah ana lagi..
……………………………………………………………………………………………
Dua skenario dari sebuah drama realiti bernama kehidupan…
Dua watak yang sama tapi jalan cerita yang berbeza..
……………………………………………………………………………………………
My dear reader..
Alhamdulillah krn most of us masih lagi dikurniakan Allah dengan anugerah yang paling berharga iaitu our PARENTS..mungkin saat ini kalau ditanya, semua anak pasti akan jawab SAYANG SANGAT kat parents masing2..disaat masih belum berkeluarga,disaat masih belum ada tanggung jawab yg perlu digalas dan paling utama disaat kedua ibu bapa kita masih kuat, bisa berjalan n makan sendiri tanpa perlu bantuan dr orang lain..pasti itulah jawapan kita..
TAPI adakah jawapan kita itu masih akan kekal begitu seandainya satu saat nanti kita dihadapkan dengan kedua orang tua kita yg sudah tua, mulai tak nampak, mulai sakit, mulai mintak itu n mintak ini dan dan disaat itu juga bebanan yang kita tanggung di bahu juga semakin memberat????
Betapa ramai orang tua yang dibiarkan oleh anak mereka di rumah org2 tua??berapa ramai orang tua yang terlantar di hospital tanpa pernah dijenguk oleh anak mereka??Tegarnya diri mereka membiarkan hati ibu dan ayah mereka remuk dek kerana perlakuan mereka??
Tanpa kita sedari,itulah realiti hidup masyarakat kita hari ini..dunia terlalu dikejar sehingga tanggungjawab cuba dilupakan..segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa selama ini seakan cuba dihapuskan..
Berbeza dgn kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..hatta anaknya sudah ‘gila’ sekalipun, si ibu masih sanggup menjaga makan pakai anaknya..masih sanggup bersusah payah mencari ubat buat si anak..masih sanggup berkorban segalanya demi memastikan kesembuhan anaknya..itulah kasih sejati seorang ibu..
TAPI seorang anak???
Betapa tidak bersyukur sekali sesiapa yang tidak pernah menghargai anugerah terbesar ini..
………………………………………………………………………………………….
” Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
~ SKIZOFRENIA : istilah medik utk orang yang gila





























